Personal Blogging, Entrepreneurship, Earn Money From Home
Random header image... Refresh for more!

Category — Personal Development

Bolasepak dan pembangunan diri

Saya meminati sukan bola sepak sejak kecil lagi dan menjadikannya sebagai aktiviti santai yang bukan sahaja mengekalkan kecergasan badan dan minda malahan turut memberi ruang untuk menambah bilangan kawan dan merapatkan hubungan yang sedia ada.

Bola sepak bagi saya adalah sukan yang sebenarnya kerana ia menggerakan seluruh anggota badan dan mengeluarkan peluh yang banyak serta membolehkan anda kekal cergas dan mempunyai bentuk badan yang menarik.

Semasa bermain bola sepak, anda akan belajar untuk menumpukan sepenuh perhatian pada permainan dan sentiasa melihat peluang yang muncul dan bertindak mengikut strategi yang dirancangkan. Sukan ini juga mampu membina kekuatan mental dan daya saing yang tinggi kepada pemgamalnya serta pada masa yang sama, menerusi sukan ini juga kita mampu membina semangat setiakawan yang tinggi.

Walaubagaimanapun jika matlamat anda adalah semata-mata untuk populariti dan kepentingan diri sendiri, sukan ini mungkin tidak akan mampu membawa anda kemana-mana serta tidak mendapat manfaat langsung selain daripada keletihan dan kecederaan tanpa kepuasan. Kesimpulannya, bermain bolasepak untuk enjoy!

This post was written in Malay language (Bahasa Malaysia).

September 26, 2008   1 Comment

Signs to change jobs before you get fired

1. You don’t fit in. Your values don’t match the company’s. If your colleagues are dishonest and focused on getting ahead regardless of legal or moral barriers, it’s time to quit before scandal sinks the company.

2. Your boss doesn’t like you and you don’t like him or her. If your boss never asks your opinion, and never wants to chat or have lunch with you, and if you disagree with her/his agenda and dislike her style, your are doomed.

3. Your colleagues don’t like you. Feeling isolated, gossiped about, and excluded from the inner groups of the organization is a very bad sign, as is feeling that you’re not part of the team and wouldn’t socialize with your colleagues even if they asked you.

4. You don’t get assignments that demonstrate the full range of your abilities. Just watching all the good assignments go to others, while you’re given the ones that play to your weaknesses or are beneath your professional level, should tell you something, you’re in trouble.

5. You always get called upon to do the “junk job.” Everybody has to take on a dull or routine task now and then, but if you are constantly being singled out to do the work no one else wants, alarm bells should ring.

6. You are excluded from meetings where your colleagues are invited to. If it’s painfully clear that your ideas aren’t valued, why stick around?

7. Everyone on your level has an office. You have a cubicle in the hallway.

8. You dread going to work and feel like you’re developing a cancer. Ah, here’s another of your symptoms, a particularly nasty one at that.

October 8, 2007   No Comments

How to be a good shopper

Shopping its not a main skills for mens. That’s why we need to learn it so in this post i want to share some tips on how to shop for foods.

- Know how much you can spend for food.
- Plan food you need for a week.
- Plan to use these foods every day.
- Make a list to take to the store.
- Shop only once a week.
- Take your list with you.
- Check the size of the container.
- Check the prices of different brands.
- Check the prices of different forms.
- Keep a record of how much each food costs.

I think my tips is not good enough…comment.

July 2, 2007   No Comments

Misteri : Di mana bahtera Nabi Nuh

Saintis mendakwa temui Bahtera Nabi Nuh AS terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki!

Ia dipercayai berada di bawah timbunan salji tebal yang menutupi banjaran gunung agam di timur Turki, dan dipercayai tersembunyi selama lebih 4,000 tahun.

Ramai pihak terutama pengkaji arkeologi cuba mendaki gunung digelar Gunung Kesengsaraan itu untuk membongkar rahsia besar berkenaan akan tetapi kebanyakan mereka hanya menemui ajal sekali gus membantutkan usaha membongkar misteri itu.

Sehingga kini, dipercayai segelintir pendaki saja yang berjaya sampai ke puncak gunung yang lebih dikenali Gunung Ararat dan peluang keemasan itu didakwa menemukan mereka dengan beberapa artifak purba yang amat berharga!

Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan halangan yang selalunya membawa maut seperti dialami kebanyakan pendaki lain, di hadapan pandangan mereka tertera kapal atau bahtera besar yang berada di puncak gunung!

Iamerupakan sesuatu yang aneh lagi membingungkan - bagaimana mungkin sebuah kapal yang sepatutnya terapung di lautan, boleh tersadai di puncak gunung bersalji setinggi 5,165 meter? Dan ramai pengkaji percaya di puncak gunung itulah mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS dan kisah sejarah besar itu dikatakan diceritakan dalam kitab tiga agama samawi iaitu al-Quran (Islam), Injil (Kristian) dan Taurat (Yahudi).

Allah SWT berfirman dalam al-Quran menerusi surah al-A’raaf, ayat ke-64: Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).

Sinopsis kisah pengorbanan dan dakwah Nabi Nuh bermula apabila kaumnya enggan mengesakan Allah walaupun Tuhan sudah memberikan mereka pelbagai nikmat dan harta. Baginda berdakwah kepada kaumnya tidak kira siang dan malam, sama ada secara terang-terangan atau secara diam tetapi kaumnya memperlekehkannya, menutup telinga dan tetap enggan mengesakan Allah.

Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal di satu kawasan tinggi sehingga kaumnya menyangka yang baginda gila kerana membina bahtera yang jauh daripada lautan dan di tempat tinggi.

Allah kemudian menurunkan hujan yang amat lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat Nabi Nuh yang ingkar kecuali orang beriman yang juga pengikut rasul itu yang sempat menaiki bahtera berkenaan.

Dan ia dicatatkan dan difirmankan Allah dalam ayat 25, surah Nuh: Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain Allah.

Selepas itu, hujan pun reda dan banjir itu pun surut dan kapal berkenaan akhirnya berlabuh di suatu kawasan seterusnya bermulalah misteri di kalangan pengkaji agama, ahli arkeologi serta pihak berkaitan dalam mencari di manakah lokasi bahtera itu berada ketika ini.

Kajian awal kisah rasul itu mendapati Bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi dan ramai pihak mengatakan lokasi itu adalah sebahagian daripada Banjaran Ararat. Kiraan ahli astronomi secara berkomputer pula menganggarkan Nabi Nuh AS mula membina bahteranya pada 2465 Sebelum Masihi (SM) dan hujan mula berlaku pada 2345 SM.

Usaha pencarian Bahtera Nabi Nuh ini juga pernah dilakukan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II pada 1917 dengan menghantar 150 pakar pelbagai bidang terdiri daripada jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik bahtera itu.

Keadaan muka bumi Gunung Ararat yang kawasannya diseliputi salji seluas 44 kilometer persegi dan setebal 90 meter serta ketulan ais sentiasa menggelungsur menyebabkan kumpulan itu mengambil masa sebulan untuk sampai ke puncak seterusnya mendakwa menemui bahtera itu. Banyak bukti mengenainya dikumpul, termasuk gambarnya tetapi Perang Bolshevik di Russia menyebabkan bukti berkenaan hilang sehingga kini.

Dakwaan penemuan terbaru adalah pada pertengahan 2004 apabila sekumpulan saintis bersama seorang ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka berjaya menemui objek yang mempunyai ciri menyerupai bahtera Nabi Nuh, terbenam dalam salji di puncak Gunung Ararat.

Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan. Daniel ketika itu menyatakan, berdasarkan imej yang diperoleh, dia yakin 98 peratus bahawa imej itu adalah Bahtera Nabi Nuh.

Malangnya, usaha mereka untuk meneruskan ekspedisi mendaki Gunung Ararat diketuai seorang profesor dari Turki tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan berikutan Gunung Ararat termasuk kawasan bahaya dan zon perang.

Sehingga kini, kedudukan dan rupa sebenar Bahtera Nabi Nuh AS terus kekal rahsia dan masih belum mampu dibawa keluar dan dipertontonkan kepada umum. Ia terus menjadi misteri yang akan kekal entah sampai bila.

INFO
Bahtera Nabi Nuh

  • Sebahagian kapal berkenaan dikatakan sudah tenggelam diliputi salji dan bahagian yang masih kelihatan dipercayai berukuran 137.2 meter (m) panjang, 22.86m lebar dan 13.72m tinggi.
  • Dianggarkan 9,000 hingga 13,000 pokok kayu balak digunakan untuk membina bahtera seberat 4,100 tan itu.
  • Rupa bentuk Bahtera Nabi Nuh dikatakan berbentuk seakan kotak kasut.
  • Mengikut kajian seorang penyelidik dikenali Dr Whitcomb, dianggarkan 3,700 mamalia, 8,600 jenis spesies burung, 6,300 spesies reptilia, 2,500 jenis amfibia menaiki bahtera itu. Berat muatan bahtera pula dianggarkan 24,300 tan.

This post was written in Malay language (Bahasa Malaysia).

April 19, 2007   2 Comments