Personal Blogging, Entrepreneurship, Earn Money From Home
Random header image... Refresh for more!

Bagaimana Memohon Kad Debit Public Bank Visa Electron

Pada kali ini, saya akan menunjukkan beberapa langkah untuk memohon kad debit Public Bank Visa Electron.

1. Anda perlu mendaftar di mana-mana cawangan bank Public Bank. Minta borang permohonan kad debit Visa Electron dan isi borang tersebut. Seperti biasa, anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti nama, alamat dan lain-lain maklumat yang diperlukan.

2. Semasa permohonan kad debit ini, anda tidak perlu membayar apa-apa bayaran, tetapi pihak bank menghantar surat kepada pemohon selepas 3 minggu dari tarikh permohonan dibuat. Anda perlu datang ke bank di mana permohonan dibuat dan mendepositkan sejumlah RM25 ke dalam akaun kad debit Public Bank anda. Kos atau caj ini adalah merupakan nilai duit perlu ada setiap masa di dalam akaun kad debit.

3. Dalam tempoh seminggu, insyaAllah kad debit anda akan siap diproses. Anda akan dihantar satu surat yang menyatakan kad anda telah siap diproses dan perlu diambil di cawangan tempat anda memohon kad itu. Atau, pihak cawangan bank akan menghubungi anda melelui telefon. Semasa di bank, anda akan dikehendaki tandatangan dan lain-lain perkara yang diperlukan. Selepas itu anda akan menerima sepucuk surat lagi daripada pihak bank berkenaan nombor pin kad debit untuk kegunaan di mesin ATM.

Perkara penting:

* Pastikan setiap masa anda mempunyai nilai wang minimum RM25 di dalam akaun kad debit anda.

* Pastikan anda merahsiakan no kad debit anda terutama 3 digit no yang tertera di belakang kad. Tiga digit ini digunakan untuk tujuan pengesahan bahawa anda adalah pemilik kad yang sebenar semasa pembelian di online.

* Jika anda tiada mempunyai akaun simpanan Public Bank, anda masih boleh membuat permohonan kad debit ini.

Disclaimer: Informasi di atas adalah berdasarkan pengalaman dan tiada kaitan dengan pihak bank serta ia bukan nasihat seorang pakar. Segala fakta dan maklumat di atas boleh berubah berkuat-kuasa bila-bila masa sahaja dan di luar jangkaan. Dan sebagai seorang penulis bebas, saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian dan sebagainya. Disclaimer dan penafian ini juga adalah untuk keseluruhan tulisan-tulisan dan panduan saya. Terima kasih.

Sila lawati pautan tersebut untuk maklumat lanjut. http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/cards/content6.html

This post was written in Malay language (Bahasa Malaysia).

9 comments

1 Yanie { 02.14.08 at 3:29 am }

haiii…..
i ada 1 soalan…adakah kad debit ini hanya boleh digunakan untuk pengeluaran wang di Malaysia atau termasuk international…selain public bank,kat tempat lain boleh x?maybank ke….

terima kasih

2 Sazkul { 04.10.08 at 6:13 pm }

Selagi ada logo yang memaparkan visa electron, ia boleh digunakan untuk pengeluaran wang dan pembelian di mana sahaja.

3 zam { 07.02.08 at 12:50 pm }

saya dah buat kad nie,tapi nombor pin tidak sampai lagi.apa yang perlu saya buat?

4 Sazkul { 09.06.08 at 1:23 am }

Al-Rahji also can withdraw money from Paypal..;-)

5 Idham { 10.27.08 at 8:48 am }

Saya memang perlukan kad debit ini untuk buka akaun paypal. Tetapi sy belum buka akaun simpanan public Bank. Berapa bayaran minima utk buka akaun Public Bank ini? lama tak? adakah semasa membuka akaun kita boleh memohon sekali kad debit atau kena siap (aktif) akaun dulu baru boleh mohon debit kad.

6 Aziz { 10.27.08 at 3:04 pm }

Tak perlu buka akaun simpanan. Cuma apply kad debit PB jer dengan bayaran rm25.

7 Idham { 11.13.08 at 10:59 am }

selepas kita dapat kad debit tu..kita perlu depositkan RM25. Saya nak tahu cara-cara nak depositkan duit dalam kad debit Banyak cara tak? boleh bantu..

8 well { 12.13.08 at 11:57 am }

Transfer dari akaun bank PB atau mana-mana akaun yang ada atau deposit cash kat counter PB

9 jam { 12.22.08 at 10:14 am }

maklumat ini amat berguna..terima kasih Sazkul..

Leave a Comment