Personal Blogging, Entrepreneurship, Earn Money From Home
Random header image... Refresh for more!

5 langkah elak perbankan internet kena ceroboh

Kerajaan Malaysia telah menggariskan lima langkah bagi melindungi perbankan internet daripada kegiatan jenayah siber yang memanipulasi maklumat sulit pelanggan menerusi e-mel, laman web tiruan dan penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Dr Hilmi Yahya, berkata garis panduan minimum menggariskan langkah kawalan keselamatan yang perlu dipatuhi semua institusi menyediakan perbankan internet ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Antara langkah diambil ialah dengan menyediakan dan sentiasa menambah baik ciri-ciri keselamatan sistem firewall, antivirus dan sistem pengesanan pencerobohan.

BNM turut mengarahkan pelaksanaan penentusahan dua faktor bagi urus niaga perbankan internet berisiko tinggi iaitu melengkapi nama pengguna dan pin serta alat penentusahan tambahan. Ia termasuk kod kebenaran urus niaga diperoleh menerusi SMS, sijil digital, kad pintar atau ciri biometrik pelanggan seperti cap jari atau corak retina.

Strategi ketiga yang mesti diamalkan ialah pemantauan berterusan terhadap kegiatan perbankan internet menerusi pemeriksaan berkala untuk memastikan institusi perbankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Seterusnya adalah langkah mewajibkan institusi perbankan bertanggungjawab memantau dan melaksanakan sistem amaran penipuan, sama ada secara manual atau automatik bagi mengesan serta melaporkan sebarang kegiatan urus niaga internet yang mencurigakan.

Langkah terakhir pula mensyaratkan industri perbankan melaporkan kepada BNM sebarang kejadian penipuan melalui internet.

Kegiatan mencuri maklumat boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun berserta sebatan dan boleh dikenakan denda.

Mengikut Seksyen 5, Akta Jenayah Komputer 1997 pula pencuri maklumat boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

This post was written in Malay language (Bahasa Malaysia).

0 comments

There are no comments yet...

Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment