Misteri : Di mana bahtera Nabi Nuh
April 19, 2007
Saintis mendakwa temui Bahtera Nabi Nuh AS terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki!
Ia dipercayai berada di bawah timbunan salji tebal yang menutupi banjaran gunung agam di timur Turki, dan dipercayai tersembunyi selama lebih 4,000 tahun.
Ramai pihak terutama pengkaji arkeologi cuba mendaki gunung digelar Gunung Kesengsaraan itu untuk membongkar rahsia besar berkenaan akan tetapi kebanyakan mereka hanya menemui ajal sekali gus membantutkan usaha membongkar misteri itu.
Sehingga kini, dipercayai segelintir pendaki saja yang berjaya sampai ke puncak gunung yang lebih dikenali Gunung Ararat dan peluang keemasan itu didakwa menemukan mereka dengan beberapa artifak purba yang amat berharga!
Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan halangan yang selalunya membawa maut seperti dialami kebanyakan pendaki lain, di hadapan pandangan mereka tertera kapal atau bahtera besar yang berada di puncak gunung!
Iamerupakan sesuatu yang aneh lagi membingungkan - bagaimana mungkin sebuah kapal yang sepatutnya terapung di lautan, boleh tersadai di puncak gunung bersalji setinggi 5,165 meter? Dan ramai pengkaji percaya di puncak gunung itulah mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS dan kisah sejarah besar itu dikatakan diceritakan dalam kitab tiga agama samawi iaitu al-Quran (Islam), Injil (Kristian) dan Taurat (Yahudi).
Allah SWT berfirman dalam al-Quran menerusi surah al-A’raaf, ayat ke-64: Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).
Sinopsis kisah pengorbanan dan dakwah Nabi Nuh bermula apabila kaumnya enggan mengesakan Allah walaupun Tuhan sudah memberikan mereka pelbagai nikmat dan harta. Baginda berdakwah kepada kaumnya tidak kira siang dan malam, sama ada secara terang-terangan atau secara diam tetapi kaumnya memperlekehkannya, menutup telinga dan tetap enggan mengesakan Allah.
Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal di satu kawasan tinggi sehingga kaumnya menyangka yang baginda gila kerana membina bahtera yang jauh daripada lautan dan di tempat tinggi.
Allah kemudian menurunkan hujan yang amat lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat Nabi Nuh yang ingkar kecuali orang beriman yang juga pengikut rasul itu yang sempat menaiki bahtera berkenaan.
Dan ia dicatatkan dan difirmankan Allah dalam ayat 25, surah Nuh: “Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain Allah.
Selepas itu, hujan pun reda dan banjir itu pun surut dan kapal berkenaan akhirnya berlabuh di suatu kawasan seterusnya bermulalah misteri di kalangan pengkaji agama, ahli arkeologi serta pihak berkaitan dalam mencari di manakah lokasi bahtera itu berada ketika ini.
Kajian awal kisah rasul itu mendapati Bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi dan ramai pihak mengatakan lokasi itu adalah sebahagian daripada Banjaran Ararat. Kiraan ahli astronomi secara berkomputer pula menganggarkan Nabi Nuh AS mula membina bahteranya pada 2465 Sebelum Masihi (SM) dan hujan mula berlaku pada 2345 SM.
Usaha pencarian Bahtera Nabi Nuh ini juga pernah dilakukan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II pada 1917 dengan menghantar 150 pakar pelbagai bidang terdiri daripada jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik bahtera itu.
Keadaan muka bumi Gunung Ararat yang kawasannya diseliputi salji seluas 44 kilometer persegi dan setebal 90 meter serta ketulan ais sentiasa menggelungsur menyebabkan kumpulan itu mengambil masa sebulan untuk sampai ke puncak seterusnya mendakwa menemui bahtera itu. Banyak bukti mengenainya dikumpul, termasuk gambarnya tetapi Perang Bolshevik di Russia menyebabkan bukti berkenaan hilang sehingga kini.
Dakwaan penemuan terbaru adalah pada pertengahan 2004 apabila sekumpulan saintis bersama seorang ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka berjaya menemui objek yang mempunyai ciri menyerupai bahtera Nabi Nuh, terbenam dalam salji di puncak Gunung Ararat.
Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan. Daniel ketika itu menyatakan, berdasarkan imej yang diperoleh, dia yakin 98 peratus bahawa imej itu adalah Bahtera Nabi Nuh.
Malangnya, usaha mereka untuk meneruskan ekspedisi mendaki Gunung Ararat diketuai seorang profesor dari Turki tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan berikutan Gunung Ararat termasuk kawasan bahaya dan zon perang.
Sehingga kini, kedudukan dan rupa sebenar Bahtera Nabi Nuh AS terus kekal rahsia dan masih belum mampu dibawa keluar dan dipertontonkan kepada umum. Ia terus menjadi misteri yang akan kekal entah sampai bila.
INFO
Bahtera Nabi Nuh
5 langkah elak perbankan internet kena ceroboh
April 10, 2007
Kerajaan Malaysia telah menggariskan lima langkah bagi melindungi perbankan internet daripada kegiatan jenayah siber yang memanipulasi maklumat sulit pelanggan menerusi e-mel, laman web tiruan dan penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Dr Hilmi Yahya, berkata garis panduan minimum menggariskan langkah kawalan keselamatan yang perlu dipatuhi semua institusi menyediakan perbankan internet ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Antara langkah diambil ialah dengan menyediakan dan sentiasa menambah baik ciri-ciri keselamatan sistem firewall, antivirus dan sistem pengesanan pencerobohan.
BNM turut mengarahkan pelaksanaan penentusahan dua faktor bagi urus niaga perbankan internet berisiko tinggi iaitu melengkapi nama pengguna dan pin serta alat penentusahan tambahan. Ia termasuk kod kebenaran urus niaga diperoleh menerusi SMS, sijil digital, kad pintar atau ciri biometrik pelanggan seperti cap jari atau corak retina.
Strategi ketiga yang mesti diamalkan ialah pemantauan berterusan terhadap kegiatan perbankan internet menerusi pemeriksaan berkala untuk memastikan institusi perbankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Seterusnya adalah langkah mewajibkan institusi perbankan bertanggungjawab memantau dan melaksanakan sistem amaran penipuan, sama ada secara manual atau automatik bagi mengesan serta melaporkan sebarang kegiatan urus niaga internet yang mencurigakan.
Langkah terakhir pula mensyaratkan industri perbankan melaporkan kepada BNM sebarang kejadian penipuan melalui internet.
Kegiatan mencuri maklumat boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun berserta sebatan dan boleh dikenakan denda.
Mengikut Seksyen 5, Akta Jenayah Komputer 1997 pula pencuri maklumat boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.
Misteri binaan piramid Giza terbongkar
April 1, 2007

Seorang pengkaji berbangsa Perancis bernama Jean-Pierre Houdin, telah berjaya membongkar rahsia binaan piramid Giza setelah lapan tahun melakukan kajian. Piramid Giza telah dibina 4500 tahun yang lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali sebagai Cheops.
Beliau telah mewujudkan sebuah laman web dimana terdapat paparan animasi tentang bagaimana piramid Giza dibina mengikut kajian Jean-Pierre Houdin.

Recent Entrepreneurs Comments