Bagaimana orang Malaysia membuat pembelian melalui internet di Malaysia

March 30, 2007

Orang Malaysia bukanlah baru lagi dalam urusan jual-beli di internet. Walaubagaimanapun masih ada segelintir yang masih tidak tahu ataupun masih ‘takut-takut’ untuk berurusniaga dengan orang yang tidak dikenali secara online.

Berikut merupakan cara-cara yang digunakan oleh orang Malaysia dalam membuat pembayaran dan menerima bayaran melalui internet di Malaysia.

Deposit bank

Caranya dengan memasukkan jumlah yang diminta oleh penjual ke dalam akaun bank mereka. Kemudian menghantar salinan bukti pembayaran sama ada melalui emel ataupun pos mengikut kehendak penjual.

Online bank transfer

Membuat pembayaran dengan cara memindahkan wang secara online ke dalam akaun penjual. Selalunya penjual akan memberikan maklumat mengenai akaun mereka pada laman web dan juga akan meminta bukti pembayaran diemelkan kepada mereka. Walaupun sesetengah bank akan menghantar maklumat mengenai proses pemindahan tersebut secara otomatik tapi adalah lebih baik kita menghantarnya secara manual. Antara bank yang sering menjadi pilihan ialah Maybank, CIMB, RHB bank dan banyak lagi.

PayPal

Walaupun wang PayPal tidak boleh didepositkan ke dalam akaun bank Malaysia tapi ia masih juga menjadi pilihan kerana ia menawarkan ciri-ciri yang mudah seperti penerimaan pembayaran kad kredit, muat turun terus untuk barangan digital dan banyak lagi. Selalunya pembeli mempunyai akaun PayPal untuk menggunakan cara ini.

Kad Kredit

Kad kredit atau kad debit akan digunakan dalam urusan pembelian seperti ini. Selalunya ‘newbies’ masih ragu-ragu dalam menggunakan kad kredit mereka dalam urusan jual-beli di internet kerana bimbang akan tahap keselamatannya. Walaubagaimanapun ia akan dapat diatasi jika pembeli betul-betul mengikuti arahan untuk bagaimana menggunakan kad kredit secara online dengan selamat.

Kiriman Wang

Caranya dengan menghantar wang pembayaran secara pos dan salah satu contoh yang ada ialah ‘Wang Pos’ daripada Pos Malaysia. Anda sama sekali tidak digalakkan untuk menghantar wang yang sebenar melalui pos! Walaubagaimanapun cara ini kurang digemari oleh para penjual mungkin kerana prosesnya yang sedikit lambat.

Diharap apa yang dipaparkan ini, dapat memberi penjelasan kepada mereka yang masih was-was dengan pembelian melalui internet.

P/s : Selalunya penjual akan meminta bukti pembayaran daripada pembeli…

American Inventor

March 28, 2007

America Inventor JugdeAmican Inventor

Selalunya sekarang kalau cerita pasal Amerika, mesti banyak yang negatif kita dengar. Dari hal-hal politik hinggalah ke hiburan semuanya tak boleh masuk akal. Tapi satu perkara telah mencuri tumpuan saya, rancangan realiti TV ‘American Inventor”. Ia berkisarkan mengenai ciptaan-ciptaan baru daripada peserta dan dihakimkan oleh pakar-pakar yang telah dipilih. Dan seperti biasa ia melibatkan emosi, sifat-sifat pasif dan pertelingkahan sesama mereka tapi itulah budaya Amerika!

Tapi yang menariknya, kita akan melihat banyak idea-idea baru, idea ciplak yang kadang kala mengagumkan dan adakalanya mengelikan hati, dan jika anda adalah seorang yang bukan berfikiran kreatif dan lateral mungkin ianya tidak sesuai untuk anda. Kesimpulannya, realiti TV masih ada kebaikannya jika kena dengan caranya!

P/S : Akademi Fantasia? Buang duit korang jer…

Konsep kaedah enam topi berfikir

March 9, 2007

edb

Edward De Bono telah mencipta satu kaedah berfikir yang digelarnya Kaedah Enam Topi Berfikir atau Six Thinking Hats. Walaubagaimanapun, pengamalnya diingatkan tidak mempraktikkan kesemua topi serentak dikhuatiri menyebabkan fikiran berkecamuk.

Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif.

Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina.

Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.

Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif.

Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai.

Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan.

WordPress 2.1.1 dangerous, Upgrade to 2.1.2

March 3, 2007

Cerita terbaru, Wordpress 2.1.1 telah digodam! Kepada sesiapa yang berkenaan sila ‘upgrade’ kan Wordpress anda ke versi 2.1.2. Jika anda tidak berbuat demikian, dikhuatiri anda akan mengalami masalah keselamatan laman web yang serius.

What You Can Do to Help

If your blog is running 2.1.1, please upgrade immediately and do a full overwrite of your old files, especially those in wp-includes. Check out your friends blogs and if any of them are running 2.1.1 drop them a note and, if you can, pitch in and help them with the upgrade.

If you are a web host or network administrator, block access to “theme.php” and “feed.php”, and any query string with “ix=” or “iz=” in it. If you’re a customer at a web host, you may want to send them a note to let them know about this release and the above information.

Thanks to Ryan, Barry, Donncha, Mark, Michael, and Dougal for working through the night to figure out and address this problem, and thanks to Ivan Fratric for reporting it in the first place.

Questions and Answers

Because of the highly unusual nature of this event and release, we’ve set up an email address 21securityfaq@wordpress.org that you can email questions to, and we’ll be updating this entry with more information throughout the day.

Is version 2.0 affected?

No downloads were altered except 2.1.1, so if you’ve downloaded any version of 2.0 you should be fine.

What if we update from SVN?

Nothing in the Subversion repository was touched, so if you upgrade and maintain your blog via SVN there is no chance you downloaded the corrupted release file.